My Followers

Blog Saya Adalah Hak Milik Saya Full Stop :D!

Saturday 30 March 2013

Tips Lulus Temuduga SPA Separa Perubatan


UPDATE 21 Oktober 2011 : Aku dah lulus temuduga ini dan belajar di semester 2 di Kolej Teknologi Makmal Perubatan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pada hari Ahad ni 19 Oktober 2010, aku akan pergi temuduga SPA untuk tiga tawaran di bawah
1) latihan penolong pegawai perubatan
2) latihan penolong pegawai farmasi
3) latihan juruteknologi makmal perubatan
Dengan bantuan Pak cik kesayangan aku iaitu pak cik Google, aku berjaya mendapatkan maklumat di bawah untuk temuduga aku ahad ni. Kepada korang yang dapat tawaran aku boleh gunakan tips di bawah
Soalan-soalan yang bakal ditanya
  • Bidang tugas Juruteknologi Makmal Perubatan
  • Bidang-bidang yang tergolong dalam Juruteknologi Makmal Perubatan
  • slogan Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Maksud 1 malaysia
  • Siapa Menteri Kesihatan
  • Dimana Kolej latihan
Dan ini tips/jawapan yang aku dapat
  • Slogan Kementerian Kesihatan Malaysia – Kami Sedia Membantu
  • Ketua pengarah kesihatan : Tan sri dato seri dr Hj Ismail
  • Slogan 1 malaysia – Rakyat Didahulukan pencapaian di utamakan
  • Klinik yang baru ditubuhkan : Klinik 1 malaysia
  • Menteri Kesihatan : Dato Liow Tiong Lai ahli parlimen bentong
  • Tugas Juruteknologi Makmal Perubatan : Membantu doktor dlm mendiagnos penyakit iaitu menjalankan sebarang ujian yangg melibatkan sebarang contoh yg diambil daripada tubuh manusia (spt darah, kahak, nanah, csf, kencing, najis, tisu manusia dan apa2 yg terdapat pada tubuh manusia)
Dan ini 20 soalan yang biasa ditanya ketika temuduga yang korang boleh jadikan tips juga.
1. Apa yang anda tahu tentang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)? Apakah peranan peranan yang dimainkan oleh SPA?
2. Kerajaan memperkenalkan konsep KPI (Key Performance Indicator) untuk mengukur kecekapan dan keberkesanan menteri menteri yang dilantik di dalam kabinet. Boleh anda ulas sedikit tentang ini?
3. Selain daripada KPI, apa lagi langkah langkah atau mekanisme yang membolehkan sesebuah majikan mengukur kemampuan seseorang pekerja?
4. Anda baru dilantik ke sebuah jabatan kerajaan. Anda mendapati, terdapat beberapa kepincangan dalam beberapa proses dan prosedur perkhidmatan yang diberikan oleh jabatan anda. Sebagai orang bawah yang baru sahaja bekerja, bagaimana anda boleh mengutarakan pendapat anda kepada pegawai lain yang lebih tinggi pangkatnya?
5. Aung San Suu Kyi adalah pejuang demokrasi yang dinafikan hak hak kemanusiaan oleh negaranya Myanmar. Sebagai sebuah negara yang berada di kerantauan yang sama, apa yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk menyuarakan kerisauan antarabangsa dan dalam masa yang sama mengekalkan hubungan diplomatik kedua dua hala?
6. Bagaimana anda boleh menyelesaikan konflik atau perselisihan pendapat dengan rakan sekerja anda?
7. Setakat yang anda tahu, apakah tugas tugas yang bakal dipikul oleh Juruukur (atau jawatan yang dipohon) di jabatan ini?
8. Kenapa anda yang harus kami pilih, dan bukan calon lain? Apa kelebihan anda?
9. Apakah kelemahan anda yang harus kami ketahui? Adakah anda melakukan sebarang perkara yang akan membantu anda mengatasi kelemahan tersebut?
10. Sebagai seorang jurutera, selain daripada kepakaran teknikal, apa lagi kemahiran lain yang perlu ada pada beliau untuk membina sebuah kerjaya yang cemerlang dan membolehkan beliau menjadi seorang jurutera yang serba boleh?
11. Di manakah anda 5 tahun dari sekarang?
12. Sebagai seorang pegawai sumber manusia, apakah strategi yang boleh anda lakukan untuk memastikan tahap motivasi pekerja di semua jabatan atau unit berada pada tahap yang tertinggi?
13. Mengapa anda memohon jawatan ini?
14. Kenapa jawatan dalam kerajaan yang dipilih. Kenapa tidak swasta? Apa kelebihan dan kekurangan bekerja dengan kerajaan berbanding dalam sektor swasta?
15. Pada pendapat anda, adakah sistem pendidikan di negara ini berada pada landasan yang betul? Apa yang anda mahu lihat pada sistem pendidikan yang masih belum ada buat masa ini?
16. Sebagai pereka lanskap, apakah langkah langkah yang perlu diambil, serta faktor faktor yang mesti diambil kira sebelum anda melakukan sebarang rekaan di atas kertas?
17. Nyatakan sebarang pencapaian atau keterlibatan anda dalam membangunkan sistem teknologi maklumat, samaada di tempat kerja sebelum ini, di universiti atau di tempat tempat lain.
18. Jika anda keluar dari sektor swasta dan masuk ke jabatan kerajaan, bagaimana anda boleh meyakinkan kami bahawa anda tidak akan keluar dan masuk semula ke sektor swasta?
19. Seorang pegawai kerajaan akan sentiasa menghadapi kemungkinan untuk dipindah lokasi dan tempat bekerja. Terangkan respons anda terhadap komitmen sebegini. Bagaimana anda akan menyelesaikan segala cabaran yang muncul dalam proses perpindahan ini?
20. Nyatakan satu contoh di mana anda telah menonjolkan bakat kepemimpinan semulajadi dalam melaksanakan sesuatu aktivit atau program yang besar dan berjaya.

Bahagian 3 - Tips Temuduga SPA 3 – Peringkat Akhir

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam


Ini adalah bahagian terakhir untuk tips temuduga lulus interview SPA/kerja. Jika anda terlupa atau belum baca bahagian 1 dan 2 terlebih dahulu sila rujuk link di bawah.
Bahagian ketiga dan terakhir ini adalah bahagian di mana apabila anda selesai sesi temuduga. Anda tidak boleh terus ucap terima kasih dan keluar dari bilik temuduga . Ikut tips di bawah supaya markah yang anda dapat untuk attitude tinggi.
Tentukan bahawa anda mengetahui tindakan yang harus anda lakukan selanjutnya.
Bertanya bila anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan akan diumumkan. Jika temuduga SPA. tanya bila keputusan temuduga akan keluar kerana ini menunjukkan anda bersungguh-sungguh.
Biarkan penemuduga menamatkan temuduga. Jangan anda yang tanya sama ada dah habis atau belum temuduga
Apabila temuduga tamat, ambil peluang memberi ucapan terima kasih kepada penemuduga kerana meluangkan masa dengan anda.
Sebaik sahaja temuduga tamat, tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan santun. Lempar senyuman dan tolak kerusi ke belakang dengan perlahan.
Hantar surat ucapan terima kasih kepada syarikat berkenaan sebagai tindakan susulan.
Penilaian Prestasi Temuduga
Selepas temuduga, anda harus meluangkan masa untuk menilai prestasi diri untuk membantu anda belajar dari pengalaman temuduga tersebut kerana pengalaman ini penting untuk temuduga seterusnya jika anda gagal temuduga pertama. Cuba menjawab soalan-soalan berikut dengan ikhlas:
Adakah saya bersedia?
Adakah pengetahuan saya mengenai kerja dan syarikat/firma mencukupi?
Adakah saya membawa diri saya dengan baik?
Adakah saya mengambil peluang-peluang yang ada untuk menonjolkan kemahiran yang ada kepada majikan?
Adakah saya bercakap terlalu banyak atau kurang bercakap?
Adakah saya menguasai temuduga dan bukannya penemuduga?
Adakah saya cukup tenang dan penuh keyakinan?
Sekiranya anda fikir temuduga tersebut tidak berjaya, jangan putus asa. Cuba lagi untuk memperbaiki diri dan belajar dari setiap pengalaman baru.


Bahagian 2 - Tips Temuduga SPA 2 – Peringkat Pertengahan

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam


Saya harap anda telah baca part 1 kerana ini adalah sambungan daripada part 1. Sesudah anda menyediakan semua persiapan sebelum temuduga seperti dinyatakan dalam Part 1, kali ini adalah tips semasa hari temuduga dan ketika ditemuduga. Harap membantu anda semua.
Jika belum baca bahagian 1 atau perlukan maklumat tambahan lain, sila rujuk link di bawah. Pastikan anda baca mengikut turutan agar tidak keliru
Beri salam atau ucap selamat pagi/petang kepada panel temuduga dan anda hendaklah beramah-tamah dan bersopan-santun.
Dengarlah soalan-soalan dengan teliti dan jawab soalan dengan terus terang, tenang, logik, tepat dan penuh keyakinan serta jelas didengar.
Jangan merasa gementar.
Bersikap positif.
Tunjukkan bahawa anda bersungguh-sungguh hendak bekerja dan tumpukan minat terhadap pekerjaan itu.
Tanyalah mengenai tugas-tugas, latihan-latihan yang disediakan dan prospek pekerjaan/kerjaya.
Berilah persetujuan dengan senang hati jika diminta mengisi borang, mengambil ujian khas syarikat berkenaan, memberi nama orang-orang tertentu sebagai rujukan atau menjalani pemeriksaan perubatan.
Jangan kedekut untuk senyum dan jangan tergagap. Yakin kepada jawapan anda walaupun anda tidak pasti jawapan kepada soalan yang diberikan kerana apa yang ingin dilihat ialah keyakinan diri dan bukanya bergantung kepada jawapan yang diberi sangat. Ini adalah berdasarkan pengalaman saya semasa temuduga.

Jangan menguasai temuduga.
Jangan membesar-besarkan diri serta bercakap panjang atau bercakap banyak.
Jangan berbincang masalah peribadi seperti urusan rumah tangga, kesihatan diri atau masalah kewangan anda.
Jangan bertengkar atau menyatakan tidak bersetuju dengan penerangan yang diberi oleh penemuduga.
Jangan mengkritik bekas majikan anda.
Jangan merokok atau mengunyah gula getah atau gula-gula semasa temuduga.
Yang Akhir sekali dan yang paling penting, tunjukkan minat anda terhadap kerja yang anda interview tersebut

Bahagian 1- Tips Temuduga SPA 1 – Peringkat Awal


Salam semua pembaca blog saya, oleh kerana saya mendapat terlalu banyak komen tentang tips, panduan dan cara untuk lulus interview/temuduga SPA. Saya telah melakukan beberapa pencarian dan mengumpul beberapa tips untuk dikongsikan bersama. Ada juga tips yang datang dari saya sendiri Oh, saya juga saya seorang penjawat awam yang lulus interview SPA8.
Tips yang saya akan kongsikan dibahagikan kepada 3 bahagian kerana terlalu panjang.
Kemahiran/Kebolehan
Pengalaman
Personaliti
Untuk membantu anda berjaya dalam temuduga tersebut, anda dinasihati membuat beberapa persediaan seperti berikut:
Persediaan Awal
Pastikan bahawa anda mengetahui masa dan tempat temuduga.
Hendaklah tiba di tempat temuduga sekurang-kurangnya 20 minit lebih awal. Sekiranya anda tidak dapat hadir kerana hal kecemasan, beritahu majikan seawal mungkin dan membuat temu janji yang lain.
Hendaklah pakai pakaian yang bersih dan kemas serta bersesuaian dengan pekerjaan yang dipohon. Pakaian yang menjolok mata adalah tidak dibenarkan.
Bawa bersama satu salinan ” resume “, surat akuan, sijil-sijil yang berkaitan dengan kerja. Sebaik-baiknya susun didalam ” folder “.
Selidik tentang latarbelakang firma atau pekerjaan yang anda pohon itu (misalnya produk/perkhidmatan syarikat, jumlah jualan dan keuntungan tahunan, saiz organisasi, pelanggan-pelanggan utama, pesaing-pesaing utama, berita/perkembangan syarikat yang terkini, rancangan pembangunan syarikat, tanggungjawab dan tugas jawatan yang dipohon, latihan-latihan, laluan kerjaya dan sebagainya).
Tahu apa yang anda boleh sumbangkan kepada majikan.
Ramalkan soalan-soalan yang akan ditanya oleh penal temuduga dan sediakan jawapan. Diantara soalan-soalan yang mungkin dibangkitkan adalah seperti berikut:
Bolehkah anda memberi keterangan mengenai diri anda?
Apa yang membuatkan anda pilih pekerjaan ini?
Apa pengalaman yang anda perolehi dalam kerja anda yang lepas?
Kenapa anda berhenti?
Apakah pencapaian cemerlang dalam kerja anda yang lepas yang anda banggakan?
Apakah pandangan bekas majikan terhadap anda?
Adakah anda mempunyai pengalaman dalam kerja jenis ini?
Kenapa anda fikir anda layak untuk kerja ini?
Apa yang anda tahu mengenai syarikat ini?
Apakah yang membuatkan anda berminat dengan perkhidmatan dan produk syarikat ini?
Bagaimana anda boleh menyumbang kepada syarikat ini?
Kenapa anda berminat untuk bekerja dengan syarikat ini?
Apakah rancangan jangka panjang kerjaya anda?
Apakah kekuatan atau keistimewaan anda?
Apakah Kelemahan Anda?
Bagaimana anda menilai diri sendiri?
Bagaimanakah pandangan rakan-rakan anda mengenai diri anda?
Bagaimana anda ingin orang lain menilai anda?
Adakah anda akan menjalani latihan tambahan sekiranya pekerjaan tersebut memerlukannya?
Adakah anda lebih suka bekerja secara berpasukan atau bersendirian?
Adakah anda suka kerja-kerja tetap harian (routine)?
Bagaimana dengan kesihatan anda?
Apakah kegemaran/hobi anda?
Sekiranya anda ditawarkan kerja ini, bagaimana anda merancang penggunaan masa bagi dua minggu pertama di syarikat ini?
Bagaimana anda mengatasi sesuatu masalah yang dihadapi?
Menyediakan borang perancangan terlebih dahulu seperti di Lampiran II sebelum menghadiri sesuatu temuduga
Berlatih dengan rakan-rakan



Wednesday 27 March 2013

Cara Pemandu Jepun Mengucapkan Terima Kasih

by Strawbery dot com on MARCH 27, 2013

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, secara kebiasaannya di Malaysia, pemandu akan mengangkat tangan atau menyembunyikan hon tanda berterima kasih bila diberi laluan olehpemandu lain. Tak kurang juga ada segelintir pemandu yang buat tak tahu dan terus pergi.






Berlainan pula di negara Jepun, cara berterima kasih yang mereka amalkan jika diberi laluan oleh pemandu lain ialah dengan menghidupkan atau menyalakan lampu kecemasan ( hazard lamp ) sebanyak 2 kali jika diberi laluan oleh pemandu lain. Tengok ni





Memang terbaik juga kan, bukan susah sebenarnya nak ucapkan terima kasih..



Gambar Menarik – Seni Lukis Menggunakan Habuk Pada Cermin Kereta


Melukis hanya menggunakan habuk pada cermin kereta. Kreatif kan?? Pelukis ini bernama Scott Wade dan di gelar “Da Vincci of Dust” kerana kehebatan beliau melukis guna habuk.
Kalau anda malas nak cuci kereta dan selalu berhabuk, boleh la cuba lukis macam ni.

seni debu kereta (1)
seni debu kereta (2)
seni debu kereta (3)
seni debu kereta (4)
seni debu kereta (5)
seni debu kereta (6)
seni debu kereta (7)
seni debu kereta (8)
seni debu kereta (9)
seni debu kereta (10)
seni debu kereta (11)
seni debu kereta (12)

Monday 25 March 2013

Migrain atau Sakit Kepala?


Migrain adalah satu bentuk sakit kepala disebabkan oleh pembesaran saluran darah (vasodilatation) yang menyebabkan pelepasan bahan kimia daripada gentian saraf yang melilit arteri besar otak. Bahan kimia ini menyebabkan keradangan, kesakitan, dan pembesaran arteri. Pembesaran arteri menambahkan kesakitan.
Serangan migrain biasanya mengaktifkan sistem sarah simpatatik. Sistem saraf simpatatik adalah sebahagian daripada sistem sarah yang mengawal tindak balas kepada tekanan dan kesakitan. Sebagai contoh, peningkatan aktiviti saraf simpatatik menyebabkan loya, muntah, cirit birit dan sebagainya.


Aktiviti simpatatik juga melambatkan proses pengosongan perut ke usus kecil dan dengan itu menghalang ubat daripada memasuki usus dan diserap. Penyerapan yang lambat menyebabkan ubat migrain tidak berkesan secara terus. Boleh dilihat pada mereka yang sudah mencecah tahap teruk. Aktiviti simpatatik juga menyebabkan peredaran darah menjadi kurang, ini membawa kepada pucat kulit serta tangan dan kaki menjadi sejuk. Aktiviti simpatatik juga meningkatkan sensitiviti pada cahaya serta bunyi, penglihatan juga mungkin menjadi kabur.
Apakah Petanda Migrain?
- Migrain digambarkan dengan denyut sengit yang berkumpul di satu bahagian, biasanya di dahi, sekitar mata atau di belakang kepala.
- Biasanya uni-lateral (satu sisi kepala) walaupun adakalanya bi-lateral (kedua-dua belah kepala)
- Sakit kepala unilateral biasanya menukar sisi serangan, jika kerap berlaku di tempat yang sama, dapatkan pemeriksaan untuk pertimbangkan sakit lain seperti tumor otak
- Petanda biasa seperti loya, muntah-muntah, cirit-birit, muka pucat, tangan sejuk, kaki sejuk dan penambahan sensitiviti kepada cahaya dan bunyi
- Sakit mungkin berlangsung antara 4 hingga 72 jam
- Petanda amaran termasuk mengantuk, cepat marah, keletihan, kemurungan, keinginan benda manis atau masin
Jenis Migrain
Terdapat beberapa jenis migrain yang dilaporkan termasuk;
Migrain dengan aura – migrain jenis ini datang dengan aura tertentu yang mungkin menglibatkan penglihatan, pendengaran, halusinasi, rasa yang tidak sedap atau bau. Aura juga boleh dirasa tanpa sakit kepala. Terdapat beberapa jenis dalam kategori ini termasuk yang diwarisi (familial hemiplegic migraine), migrain sporadic dan migrain basilar yang mana diikuti dengan masalah ketika bercakap, kesukaran berdiri tegang atau terdengar bunyi di dalam telinga
Migrain tanpa aura – migrain jenis biasa tanpa diikuti dengan aura
Migrain retinal – migrain disertai dengan masalah penglihatan


Rawatan Migrain
Tanpa ubat
- Terapi ais biasa digunakan berserta teknik merehatkan otot yang tegang seperti urut, akupuntur dan sebagainya
- Pencegahan migrain seperti mengelakkan benda-benda yang boleh mencetuskan migrain seperti merokok, elak diet tinggi tyramine seperti keju, atau tinggi sulfat seperti wine atau tinggi nitrat seperti kacang dan daging
Ubat
Terdapat 2 kelas ubat termasuk acetaminophen (tylenol) dan non-steroidal anti-inflammatory drugs(NSAIDs);
Acetaminophen – mengurangkan sakit dan demam dengan menurunkan toleransi kesakitan yang dikawal otak. Acetaminophen boleh menyebabkan masalah hati dengan peningkatan tahap toksik dengan penggunaan terlalu kerap. Acetaminophen juga boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang dengan pengambilan dos yang tinggi
NSAIDs – terdapat 2 jenis yang biasa digunakan termasuk aspirin dan non-aspirin. Jenis non-aspirin termasuk ibuprofen dan naproxen. NSAIDs mengurangkan inflamasi yang menyebabkan kesakitan. Jenis non-steroid ini lebih baik daripada steroid. Penggunaan steroid untuk satu jangka masa yang lama akan membawa kesan yang tidak baik pada badan. Terdapat sedikit perbezaan antara aspirin dan non-aspirindimana kesan pada platlet darah berbeza. Aspirin mencegah darah daripada membeku (mencairkan darah).
Dapatkan nasihat pakar tentang penggunaan sebarang ubat-ubatan. Penggunaan aspirin boleh jadi bahaya untuk beberapa jenis orang termasuk kanak-kanak dan remaja, mereka yang mengambil warfarin, mereka dengan ulser perut yang aktif, mereka dengan luka pendarahan, mereka dengan masalah hati dan sebagainya. Terdapat juga beberapa ubat spesifik yang digunakan termasuk triptan, ergots, midrin, dan sebagainya yang dipreskripsikan kepada tahap-tahap migrain yang memerlukannya.
Ubat Pencegahan
Terdapat beberapa jenis ubat pencegahan yang digunakan termasuk beta blocker, calcium-channe blocker, tricyclic antidepressant, antiserotonin dan anticonvulsant.


Kenali Pencetus Migrain
Sekiranya anda seorang penghidap migrain, elakkan beberapa pencetus migrain seperti;
- Tekanan
- Gangguan tidur atau tidur berlebihan
- Berlapar untuk 1 jangka masa yang lama
- Bau yang menusuk
- Merokok
- Alkohol
- Makanan seperti keju, coklat, tinggi monosidium glutamate (MSG), nitrataspartame
- Kafein
- Cahaya terlalu terang
Apa Yang Patut Dibuat Oleh Penghidap Migrain?
Migrain yang bukan diwarisi ‘mungkin’ boleh dibetulkan dengan membetulkan otot-otot yang terlibat sepertisteronoclodomostoid yang biasanya berlaku tarikan dan menyebabkan kedudukan kepala dan cervicalberada di tempat yang salah.
Selain itu, gaya hidup perlu diubah termasuk;
- Tidur yang mencukupi pada waktu yang sama
- Senaman yang regular. Jika boleh jadikan rutin harian. Senaman memperbaik kualiti tidur, mengurangkan tekanan dan sebagainya.
- Jangan elak makan. Makan sekerap yang boleh
- Kurangkan tekanan





 ikut sunnah, ikat kepala dengan kain / serban , berbekam atau berinai di kepala . 

Apa yang penting , makan ubat , atau jika tidak mahu bergantung dengan ubat amalkan pemakanan sihat , hidup yang terurus dan jiwa yang sentiasa mendekati tuhan bila dilanda sebarang dugaan. Semoga semua sihat ya, kawan-kawan . 

Dalam Kitab as-shahih sewaktu menjelang wafat, Rasullullah mengaduh katanya, "Aduh, kepalaku"Lalu Baginda mengikat kepalanya untuk menahan sakit (Hadis ditakhrij oleh an-Nasa'i, ibn Majah dan Ahmad]





Subhanallah! Bukti Kebenaran Bulan Pernah Terbelah Dua (5 Foto)



Subhanallah! Bukti Kebenaran Bulan Pernah Terbelah Dua (5 Foto) | Pihak NASA mengesahkan terdapatkesan jalur di bahagian keliling permukaan bumi. NASA telah menghantar 3 angkasawannya ke bulan untuk kajian yang lebih terperinci. Setelah mereka membuat kajian,  bahawa bulan pernah terbelah dua. Setelah hasil kajian ini didedahkan  kepada umum, alangkah terkejutnya mereka, apabila diberitahu bahawa kisahbulan terbelah dua ini telah diceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1400  tahun yang lalu. Jika kita masih ingat lagi, Nabi Muhammad SAW pernah menunjukkan mukjizat bulan terbelah dua kepada orang kafir ketika diminta bukti kenabian.  Wallahu’alam.
Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan terbelahlah bulan. Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku. (Surah Al-Qamar – 1 & 2)

bulan5

bulan1

bulan2

bulan3

bulan4

Menurut pihak NASA : “Kami mendapati secara pasti dari batuan-batuan yang terpisah terpotong di permukaan bulan sampai di dalam (perut) bulan. Maka kami pun meminta para pakar geologi untuk menelitinya, dan mereka mengatakan, ?Hal ini tidak mungkin telah terjadi kecuali jika memang bulan pernah terbelah lalu bersatu kembali”
Penemuan pertama ditemukan 200 tahun yang lalu dengan sebuah teleskop kecil, ada 3 lekukan (rilles) nampak di permukaan bulan yang berlainan jenis. 

Sunday 24 March 2013

STRESS DAN KESANNYA PADA KESIHATAN


Kita sering dinasihati untuk jangan stress dalam kehidupan harian kita. Tidak kiralah jika anda seorang ibu menyusukan anak atau seorang lelaki yang perlu bekerja sehingga larut malam.. Stress akan memberi kesan pada kesihatan anda jika tidak mempunyai pemakanan yang cukup dan seimbang..

Stress merupakan satu keadaan dimana badan kita mengalami apa sahaja kerosakan, ini termasuklah kerosakan sel-sel atau sel mati.

Apabila kerosakan ini berlaku, maka perlulah ia diperbaiki. Jika gagal untuk membina semula sel-sel yang rosak akibat stress, badan kita akan mula sakit.. 

JENIS-JENIS STRESS

Terdapat 3 jenis stress:-
1) Jangka Pendek
2) Jangka Panjang (Berterusan)
3) Multiple Stress

KESAN-KESAN AKIBAT STRESS TERMASUKLAH:

Selera berkurangan
Muntah
Demam
Masalah Penghadaman
Pening-Pening
Kesakitan
Cirit birit
Kehilangan air dalam badan, zat-zat hilang melalui air kencing


APA YANG BERLAKU PADA BADAN APABILA STRESS

Apabila kita stress badan akan bertindak cara yang sama iaitu:-

Tubuh badan akan memberi signal pada kelenjar2 pitutiary untuk menghasilkan hormon anti-stress dan ini menyebabkan tubuh badan untuk bersedia untuk sebarang kecemasan..



TIGA TAHAP STRESS DAN KESANNYA PADA TUBUH BADAN

TAHAP 1:- BERJAGA-JAGA (ALARM STAGE)

Apabila kita stress, tubuh badan akan mempersiapkan diri kita pada tahap berjaga-jaga (alarm stage). Tidak kesahlah penyebab stress tersebut adalah kita nak terjun dari kereta yang sedang bergerak, mahupun nak jumpa bos pada keesokkan hari untuk minta naik gaji... Apa yang sebenarnya berlaku adalah tenaga, garam dalam badan, zat galian di persiapkan untuk bersedia menentang sebarang keadaan yang akan diharungi.

Antara perkara yang berlaku adalah:-
  • Protin diambil dari kelenjar thymus + Lymph untuk mendapatkan gula
  • Tekanan darah meningkat
  • Zat galian diambil dari lutut
  • Lemak digerakkan dari tempat simpanan
  • Lebih banyak garam disimpan
  • dan lain-lain lagi

TAHAP 2 - BERTAHAN (RESISTANCE)

Tahap bertahan adalah keadaan dimana banyak sangat stress yang berlaku, satu demi satu crisis timbul, masalah tak habis-habis selesai. Disini tubuh badan terpaksa terus bertahan dan sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga pada suatu jangka masa yang lama. Tubuh badan tidak mempunyai masa untuk kembali kepada keadaan yang relax. 

Satu contoh keadaan stress tahap 2 adalah:-

Seorang ibu, Alice, 30 tahun, yang merasa tertekan kerana terdapat perubahan pada tempat kerjanya, yang mungkin akan menyebabkan dia dibuang kerja. Pada masa yang sama anaknya disekolah mempunyai masalah sosial. Ibunya pula baru mengalami kecederaan dan perlu seseorang untuk menjaganya. Dan Ibunya lebih suka jika Alice menjaganya. Dan ini telah berlaku sejak dulu lagi dimana ibunya sering minta bantuan Alice berbanding dengan kakaknya yang lain. Dan Alice cuba untuk membantu sebanyak yang boleh sehingga dia sendiri terasa terperangkap...

Jika keadaan seperti ini berlarutan, tubuh badan sentiasa cuba untuk memperbaiki kerosakkan dengan menggunakan nutrien dalam tubuh badan. Sekiranya kita mempunyai diet harian yang cukup untuk membekalkan nutrien ini, maka tubuh badan dapat bertahan. Tetapi apabila pemakanan dan nutrien simpanan kita tidak mencukupi untuk menampung kerosakan maka kita akan masuk ke tahap ketiga.


TAHAP 3 - KELETIHAN/KELESUAN (EXHAUSTION)

Apabila keadaan stress tidak pulih dan tubuh badan tidak kembali ke tahap seimbang, akhirnya anda akan keletihan. Kegagalan baikpulih akan menyebabkan penyakit mulai datang. Otak akan kehabisan tenaga untuk bergerak. Tubuh badan yang keletihan sudah tentu tidak dapat berfungsi dengan baik. 

Ini adalah beberapa perkara yang berlaku pada tahap ini:-

  • Stress berpanjangan menyebabkan protin diambil  dari darah, hati, buah pinggang dan lain-lain bahagian badan.
  • Asid dalam perut mula meningkat
  • Akibat kerosakkan protin, selaput usus akan terhakis dan boleh mengakibatkan ulser usus
  • Tulang menjadi lemah kerana kehilangan Kalsium.

Hanya satu sahaja ubat untuk keletihan iaitu berehat dan tidur. Pada masa ini tubuh badan akan di baik pulih dengan segala nutrien dalam tubuh badan kita...

Sebab itulah penting untuk mendapatkan makanan yang seimbang dan cukup setiap hari.. Pencegahan adalah wajib bagi mereka yang sering stress...

Apakah supplement yang penting jika anda sering stress?? Semua supplement akan memberi manfaat.. Namun yang paling minimum sudah tentulah Set Family Wellness...

Jika anda antara yang sering stress dalam kehidupan harian, fikirkanlah untuk mengambil supplement sebagai makanan tambahan..  Apalagi jika anda seorang ibu yang menyusukan anak........

Saturday 23 March 2013

Salahkah Bercinta Dalam Islam?


Apakah kedudukan cinta di dalam Islam? Adakah Islam memusuhi cinta? Adakah sebegini kejam sebuah agama yang disifatkan menepati fitrah? Bolehkan kita bercinta?
Sebenarnya Islam tidak memusuhi cinta. Malah Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia. Namun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri :


1. Cinta kepada Allah
Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehiudupan manusia ialah cinta kepada Allah. Ketinggian nilai taqarrub Al-Abid kepada Khaliq dapat dikesan melalui cinta murni mereka kepada Pencipta.
Tanpa cinta kepada Allah perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan menyintai Allah.
Sinaran cinta itu jua akan mendorong hamba bertindak ikhlas di mihrab pengabdian diri kepada Allah serta menghasilkan cahaya iman yang mantap. Firman Allah SWT :
“Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah…”
- (Surah Al-Baqarah ayat : 165)
Memiliki cinta Allah seharusnya menjadi kebanggaan individu mukmin lantaran keagungan nilai dan ketulusan ihsan-Nya.Namun menjadi suatu kesukaran untuk meraih cinta Allah tanpa pengabdian yang menjurus tepat kepada-Nya.
Cinta Allah umpama satu anugerah yang tertinggi dan tidak mungkin sesiapa dapat memilikinya kecuali didahulukan dengan pengorbanan yang mahal. Cinta Allah adalah syarat yang utama untuk meletakkan diri di dalam barisan pejuang-pejuang kalimah Allah SWT.
Firman Allah SWT (yang bermaksud) :
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir…” – (Surah Al-Maidah, ayat 54)

2. Cinta Kepada Rasulullah SAW dan Para Anbiya’
Apabila manusia berada di dalam kegelapan yang begitu kelam,maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran.
Sayang, pembawa obor tersebut terpaksa bergelumang dengan lumpur yang begitu tebal dan menahan cacian yang tidak sedikit untuk melaksanakan tugas yang begitu mulia.
Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah SAW. Maka adalah menjadi satu kewajipan kepada kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para ambiya’.
Kerana kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah SAW. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim menyebut :
Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Nabi s.a.w bersabda:
Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperolehi kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain keduanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya dari kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam Neraka.
- (Bukhari : no. 15, Muslim : no. 60, Tirmizi : no. 2548 Nasaie : no. 4901)
Namun, dalam suasana kita sekarang yang begitu jauh dengan Rasulullah SAW dari segi masa, adakah tidak berpeluang lagi untuk kita memberikan cinta kepada Rasulullah SAW? Sekalipun Rasulullah SAW telah meninggalkan kita jauh di belakang, sesungguhnya cinta terhadap baginda boleh dbuktikan melalui kepatuhan serta kecintaan terhadap sunnahnya.
Oleh yang demikian, orang yang memandang hina malah mengejek-ngejek sunnah Rasulullah SAW tentunya tidak boleh dianggap sebagai orang yang menyintai Rasulullah SAW.
3. Cinta Sesama Mukmin
Interaksi kasih sayang sesama mukmin adalah merupakan pembuluh utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan yang begitu utuh. Cinta sesama mukmin inilah yang mengajar manusia supaya menyintai ibubapanya.
Malah mengherdik ibubapa yang bererti merungkaikan talian cinta kepada keduanya adalah merupakan dosa besar sebagaimana yang disebut di dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakrah r.a katanya:
“Ketika kami bersama Rasulullah s.a.w, baginda telah bersabda: Mahukah aku ceritakan kepada kamu sebesar-besar dosa besar: Ianya tiga perkara, iaitu mensyirikkan Allah, mengherdik kedua ibu bapa dan bersaksi palsu atau kata-kata palsu..”
- (Hadis riwayat Bukhari, no. 5519, Muslim : no. 126)
Alangkah indahnya sebuah agama yang mengajar penganutnya agar menghormati dan menyintai kedua ibubapanya yang telah melalui susah payah untuk membesarkan anak-anak mereka. Di manakah lagi keindahan yang lebih menyerlah selain daripada yang terdapat di dalam Islam yang mengajar umatnya dengan pesanan :
“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
- (Surah Israk, ayat 24)
Selain daripada cinta kepada kedua ibubapa ini, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin yang berimana sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah SAW. Hayatilah betapa dalamnya maksud firman Allah SWT :
“Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)”
- (Surah Al-Fath, ayat 29)
Malah, Al-Quran sendiri menukilkan betapa pujian melangit yang diberikan oleh Allah SWT kepada golongan Ansar yang ternyata menyintai golongan Muhajirin dengan cinta suci yang berasaskan wahyu Ilahi. Malah dalam keadaan mereka berhajat sekalipun, keutamaan tetap diberikan kepada saudara-saudara mereka dari golongan Muhajirin. Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. ..”
- (Surah Al-Hasyr, ayat 9)
Bukankah ini yang telah diajar oleh Islam? Maka di tengah-tengah kecaman keganasan yang dilemparkan kepada Islam pada hari ini, kenapa tidak masyarakat antarabangsa malah umat Islam sendiri melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam?
Namun, betapa agungnya cinta di dalam Islam, begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya agar sama sekali tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.
Itulah cinta di dalam Islam. Ia tidak dapat tidak haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ‘syaitan cinta’ sewenangnya-wenangnya.
Pink Bobblehead Bunny