My Followers

Blog Saya Adalah Hak Milik Saya Full Stop :D!

Sunday, 28 July 2013

Malam Lailatul Qadar: Cerita Pokok Sujud Tiada Dalam Agama, Dongeng


Disebut dalam hadis Nabi SAW dari ‘Aisyah RA,
Ertinya: “Nabi SAW apabila memasuki sepuluh akhir (dari bulan Ramadhan), baginda mengetatkan kainnya, menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya.” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Mengetatkan kainnya yakni kiasan bagi berjima’ dan muqaddimah jima’.
Ini kerana perkataan-perkataan Nabi SAW diriwayatkan dengan bahasa yang sopan.
Nabi menghidupkan malam dengan amalan-amalan kebaikan, antaranya dengan memperbanyakkan doa, antara contoh doa yang tsabit dalam hadis Nabi yang baginda baca pada bulan Ramadhan berulang kali,
“Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau bersifat Pengampun, Engkau suka kepada pengampunan maka ampunilah aku.”
Begitu juga tsabit di dalam hadis baginda menghidupkan malam dengan shalat.
Shalat tarawih, qiyamullail.
Walaupun terdapat perbahasan di kalangan para ulama tentang bolehkah sesudah shalat tarawih disambung pula di penghujung malam dengan shalat malam yang lain.
Ada ulama menterjemahkan shalat tarawih itu adalah shalat malam.
Ada yang membezakan di antara shalat tarawih dengan shalat tahajjud, antaranya Syaikh Dr. Shalih bin Fauzan Al Fauzan hafizhahullah.
Ada di kalangan ahli ilmu yang lain di antaranya Syaikh Muhammad bin Nashiruddin Al Albani beliau memahami hadis Aisyah RA,
Ertinya: “Rasulullah SAW tidak pernah menambah jumlah rakaat dalam shalat malam di bulan Ramadhan dan tidak pula pada selainnya melebihi 11 rakaat.” (riwayat Bukhari no. 1147 dan Muslim no. 738)
Maka dari hadis ini beliau memahami bahawasanya itulah shalat malam, tarawih, dan tahajjud.
Ini juga merupakan perbezaan ijtihad yang seharusnya kita hormat-menghormati setiap pandangan.
Maka terpulang sekiranya seseorang ingin menambah shalat malamnya sesudah tarawih sekiranya dia meyakini seperti itu asalkan dia melakukannya berasaskan dalil dan bukan emosi atau ketaksuban.
Selain itu, malam Ramadhan juga dihidupkan dengan amalan membaca Al Quran;
Maksudnya: “Bulan Ramadhan (adalah) bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara al-haq dan bathil).” (surah Al-Baqarah, 2: 185)
Digandingkan bulan Ramadhan dengan penurunan Al Quran Al Karim, ini bukan hal yang kecil. Sabda Nabi SAW,
Maksudnya: “Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat memberikan syafaat bagi pembacanya.” (riwayat Imam Muslim, dari Abu Umamah Al-Bahili)
Nabi membaca dan mengkhatam Al Quran dengan Jibril pada setiap Ramadhan. Kaedah mengkhatam Al Quran di kalangan masyarakat pada hari ini perlu kita perbetulkan. Kaedah tadarus mestilah berkehendak kepada sekurang-kurangnya dua pihak. Seorang membaca dan yang lain mendengar dan membetulkan jika ada kesalahan, bukan membaca beramai-ramai.
Dengan tadarus Nabi mengambil pelajaran dan belajar tentang Al Quran, itu erti tadarus di dalam bulan Ramadhan Al Mubarak.
Fathul_Bari_Mat_Jahaya_insider
Carilah Lailatul Qadar
Banyak hadis yang menyebutkan tentang hal ini, antaranya:
Maksudnya: “Barangsiapa yang beribadah pada saat lailatul qadar, kerana iman dan mengharap pahala, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (riwayat Imam Al Bukhari dan Nasa-i)
Nabi SAW juga menyebut seperti yang datang dari Aisyah RA,
Artinya: “Carilah lailatul qadar di sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan.” (riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Bahkan Nabi SAW memberikan petunjuk yang lebih terperinci untuk kita mencari Lailatul qadar dengan memperincikan lagi di dalam riwayat yang lain,
Ertinya: “Carilah malam al-qadar di malam ganjil pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan.” (riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Baginda SAW turut bersabda dalam riwayat yang lain,
Ertinya: “Maka carilah (lailatul qadar) pada malam kesembilan, ketujuh, dan kelima (dari 10 malam yang terakhir).” (riwayat Imam Al Bukhari)
Bukan sekadar itu sahaja, datang pula atsar dari Ubay bin Ka’b RA yang berkata:
“Demi Allah, sungguh aku tahu malam mana malam itu (lailatul Qadar), ia adalah malam di mana Rasulullah SAW memerintahkan kami untuk menghidupkan malamnya, iaitu malam ke 27.” (riwayat Imam Muslim)
Ini adalah pendapat sahabat Nabi RA. Walaubagaimanapun Al Hafidz Ibn Hajar Al Atsqalani rahimahullah membuat rumusan daripada keseluruhan tentang hadis-hadis berkaitan Lailatul Qadar, menurutnya Allah SWT lebih mengetahui bilakah malam tersebut, cuma Nabi SAW memberi kepada kita tanda-tandanya maka kita dituntut mencari dan menghidupkan malam tersebut.
Ia bukan bererti Nabi SAW menetapkan malam itu pada 27, 29, atau 25, tetapi sebenarnya ia adalah sebagai satu ujian kepada orang-orang yang bertakwa kepada Allah SWT.
Orang yang tidak pernah menghidupkan malam sejak awal Ramadhan dan hanya menunggu untuk beribadat pada lailatul qadar tidak mungkin berhasil mendapatkan malam tersebut, melainkan dia konsisten sejak awal lagi, mudah-mudahan dia memperolehnya.
Tanda-tanda Lailatul Qadar
Tanda-tanda lailatul qadar menurut adat melayu seperti pokok sujud dan sebagainya, ia mungkin hanyalah dongeng dan ianya tidak pernah wujud dari ajaran agama.
Kita hanya mengambil ilmu tentang lailatul qadar dari hadis-hadis Nabi SAW, antaranya:
1. Malam yang cerah, tidak panas dan tidak sejuk
Ertinya: “Sesungguhnya aku diperlihatkan lailatul Qadar kemudian dilupakan dariku dan ia ada di sepuluh terakhir (dari bulan Ramadhan) dan ia adalah malam yang baik dan cerah, tidak panas dan tidak pula sejuk, seakan-akan di dalamnya ada bulan purnama yang menerangi bintang-bintang, syaitan-syaitan tidak keluar sampai terbit fajar.” (riwayat Ibnu Khuzaimah dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam koreksi beliau terhadap shahih Ibnu Khuzaimah)
2. Pada pagi harinya, matahari terbit tidak memancarkan cahaya yang terik, Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: “Matahari terbit pada harinya tidak mempunyai sinar.” (riwayat Muslim, no. 1762)
Walaubagaimanapun, perkara-perkara ini semua tidak boleh ditunggu baru hendak beramal, ianya tidak akan menjadi. Kita juga tidak mahu mencarinya di siang hari, sedangkan pada malam sebelumnya kita isikan dengan tidur.
Itu semua bukan yang terpenting, ianya hanyalah tanda-tanda yang diberikan oleh Nabi SAW sebagai satu semangat untuk kita mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Yang pentingnya adalah menghidupkan malam-malam di dalam bulan Ramadhan Al Mubarak.
Wallahu-A’lam.

Sunday, 14 July 2013

Pasangan Alvin Vivian ‘Mengamuk’ Di Twitter Lepas Laman FB Mereka Ditutup!


Pasangan Alvin Vivian 'Mengamuk' Di Twitter Lepas Laman FB Mereka Ditutup!
Pasangan seks bebas, Alvin dan Vivian semalam mengamuk di laman sosial Twitter apabila akaun mereka di Facebook telah ditutup secara kekal oleh pengendali laman sosial itu.
Penutupan secara kekal itu terjadi apabila ‘page’ Facebook mereka telah menerima banyak laporan negatif dari kalangan pelayar Facebook.
“Our Facebook Page is permanently gone due to rampant reporting against us. Thanks, assholes” – antara komen pasangan porno murahan berkenaan di Twitter.
alvin vivian


Selain itu, mereka juga menyuruh umat Islam untuk berehat dan bergembira ketika Ramadhan kerana mereka seolah-olah akan kembali dengan sesuatu yang mengejutkan.
Pada masa yang sama, pasangan tersebut turut menghina penganut Islam, hero-hero berbangsa Cina, para wartawan dan juga pengendali Facebook.
Mungkin ini adalah amaran daripada umat Islam kepada pasangan tersebut yang cuba memainkan isu sensitif.
Facebook Alvin Vivian Disekat
Syabas kepada mereka yang telah bekerjasama melaporkan kepada pengendali Facebook dan juga Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia atas perlakuan sumbang mereka itu.
Justeru, jika masih ada pihak di luar sana yang berani mengeji, menghina serta menjatuhkan maruah Islam, fikir secara mendalam sebelum membuat sebarang tindakan bodoh.

Tuesday, 9 July 2013

Kisah disebalik video Budak Baru Couple Seminggu



Assalamualaikum , Mesti tengah panas dengan cerita video Puteri kan ? Hmm , sebenarnya video tu di uploadkan lama dh tapi di privatekan dan video tu takdak sapa yg view. Memang niat taknak publickan tapi masa hangout last week ramai pulak yang nk view , Mulanya kami *saya dengan ery* terima komen yang baikbaik daripada anda semua. Kami ingat benda ni akan okay, Puteri ada mintak nk private balik vid tu tapi ery tak kasi sbb dia kata semua orang suka dan dia nk download masuk note II dia. So tak jadik lah nk privatekan semula.

Puteri tahu ini semua salah Puteri buat vid mcm tu . Puteri nak mintak maaf kalau ada buat koqang rasa sakit mata ka sakit telinga ka apa. Allah uji Puteri ni bersebab. Mungkin atas apa yg dah Puteri buat selama ni. Mmg dari dulu lagi Puteri ramai haters, tapi selepas buat vid ni lagi bertambah lah kan? Malah seluruh malaysia mugkin seluruh dunia. 

Allah maha mengetahui apa yg akan berlaku disebalik semua ini. Mungkin Allah rindukan doa daripada hambanya yang bernama Syazwani :') Allah rindukan solat taubat dari hambanya. Dia lebih tahu daripada segalanya. Puteri hanya mampu berdoa dan melihat. Korang ramai namun ? Puteri seorang diri , Nasib ada kawankawan yang sangat baik dan selalu sokong wani dari belakang . 

Puteri mohon , orang yg upload vid puteri kt youtube, tlg lah delete. Puteri baru tahu saat dan ketika ini siapa yang bergelar kawan dan bergelar musuh . Mungkin cerita ini akan terus tersebar tapi, Puteri redha dengan dugaan Allah malah Puteri bersyukur diatas apa yg berlaku ini mengakibatkan Puteri selalu mendekatkan diri dengan Allah. 

SubhanaAllah, Semalam lepas tengok apa yg terjadi , Hati gelisah sangatsangat. Walaupun kawankwan, family dah ckp sabar semua tapi ttp tak okay . Lepas buat solat solat semua, baca alquran , rasa betapa tenangnya hati ni. Allah maha berkuasa . 

Mungkin setakat ini sahaja post saya buat kali ni. Tapi ini mungkin post terakhir dari saya. Assalamualaikum :')

Pink Bobblehead Bunny