My Followers

Blog Saya Adalah Hak Milik Saya Full Stop :D!

Saturday 12 September 2015

Bitcoin alternatif transaksi dalam RM di Malaysia?

Bitcoin alternatif transaksi dalam RM di Malaysia?


Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, dijangka akan berlakunya inflasi pada tahun hadapan yang menyebabkan perbelanjaan isi rumah dan kuasa beli semakin lemah. Atau adakah ini hanya satu spekulasi atau pun tanggapan khabar angin yang cuba untuk dikekang oleh pihak berkuasa bagi membendung kekecohan. Malah, akhir tahun ini sahaja telah diadakan penjualan akhir tahun Pra-GST yang secara tidak langsung menyebabkan pembelian panik dikalangan rakyat kerana khuatir harga barang – barang akan meningkat selepas GST. Pihak berkuasa lantas mengeluarkan kenyataan melarang peniaga menggunakan slogan “Penjualan Pra-GST” bagi mengelakkan kekeliruan tentang harga barang pada tahun hadapan. Namun begitu, ini BUKAN satu penulisan tentang Pra-GST, apatah lagi GST!  :)

Pengalaman kita ditahun – tahun sudah, nilai matawang dan ekonomi memang ada turun naiknya bergantung kepada “isu – isu” yang berkaitan, baik dari segi tukaran asing, KDNK, GDP, permintaan dan penawaran, kadar faedah, isu global etc etc dan semuanya ini dikawal oleh agensi – agensi kewangan berpusat. Kini, terdapat satu alternatif penggunaan matawang yang tidak dikawal oleh agensi – agensi kewangan berpusat yang mana telah mula digunakan dalam transaksi atas talian iaituCryptocurrency. Crpytocurrency adalah satu sistem transaksi pertukaran “barang-matawang” yang menggunakan matawang digital seperti Bitcoin.

bitcoin

Transaksi melalui Matawang Digital

Matawang digital seperti Bitcoin dicipta dan diperolehi secara elektronik dan ianya tiada dalam bentuk kertas fizikal seperti Dollar, RM, Rupiah dan sebaginya. Walaupun tiada dalam bentuk fizikal, penggunaannya secara elektronik telah meluas dikebanyakkan tempat lebih – lebih lagi berkenaan transaksi dalam talian (online transaction) yang mana matawang digital ini mempunyai fungsi yang sama seperti matawang konvensional. Dalam erti kata lain, ianya berkonsepkan Peer-to-peer Electronic Cash System.

Antara yang menarik tentang penggunaan matawang digital ini ialah ianya tidak terikat dengan mana – mana instituisi kewangan. Bermaksud, boleh digunakan diseluruh dunia tanpa disempadani oleh nilai matawang sesuatu negara. Memandangkan transaksi yang dilakukan tidak melibatkan bank maka kos penghantaran atau pemindahan lebih murah atau pun tiada, dan matawang ini tidak boleh dibekukan kerana tidak melalui mana – mana bank.

main_gr_3003_14a

Menjana Bitcoin atau membeli Bitcoin?

Seperti yang kita tahu, matawang konvensional adalah berlandaskan kepada simpanan emas atau perak dalam sesuatu negara (kecuali USA kerana sudah tiada reserve emas). Secara teori, jika kita serahkan RM1.00 dibank, kita boleh dapat beberapa miligram emas. LOL :D. Namun begitu, ini tidak akan terjadi (I wish!!). Berbeza pula dengan Bitcoin, ianya berlandaskan dari Mathematic Algorithm.

Cara pertama untuk menjana Bitcoin adalah dengan penggunaan program atau software, dan juga melibatkan hardware seperti PC. Penjanaan Bitcoin melalui cara ini dikenali sebagai mining.

In traditional fiat money systems, governments simply print more money when they need to. But in bitcoin, money isn’t printed at all – it is discovered. Computers around the world ‘mine’ for coins by competing with each other – Coindesk

Bukan mudah untuk mendapatkannya dan ianya melibatkan satu proses dinamakan Bitcoin Mining. Jadi, Bitcoin hanya boleh didapati dengan melakukan “kerja” melalui perisian canggih seperti Application-Specific Integrated Circuit atau singkatannya ASIC. Kerja ini bermaksud membuat aktiviti teknikal yang memakan masa. Hasilnya, Bitcoin akan dapat diperolehi hasil dari usaha mining itu. Di serata dunia sahaja, ramai yang menggunakan perisian algorithma matematik untuk menghasilkan Bitcoin. Memandangkan perisian matematik ini ada yang berkonsep sumber terbuka (open source), maka ramai yang berupaya menyelesaikan masalah matematik dan menghasilkan Bitcoins.

Secara terperincinya proses mining ini memakan masa yang agak lama. Apa yang perlu ialah seseorang perlu instal Bitcoin miner ASIC yang dapat mengesahkan transaksi Bitcoin kerana proses pengesahan untuk seseorang memperolehi Bitcoin yang sah adalah satu yang rumit. Oleh kerana secara realitinya, ramai orang atau banyak organisasi yang menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan Bitcoin maka sesiapa yang pertama berjaya menyelesaikan algoritma Matematik itu akan dihadiahkan Bitcoins. Malangnya, bagi yang menggunakan komputer yang biasa sahaja mungkin tidak mampu untuk mendapatkan Bitcoins.

Bitcoin

Cara kedua pula adalah yang paling mudah untuk mendapatkan Bitcoins. Cuma perlu beli sahaja di website exchange seperti belibitcoin.comsekiranya di Malaysia.

Transaksi dalam Bitcoin

Apabila sudah memperoleh Bitcoin samada dengan proses mining atau dengan membelinya, Bitcoin tersebut boleh disimpan didalam Bitcoins e-wallet yang berfungsi sama seperti Paypal atau website seperti bank online. Seperti wang conventional, Bitcoin juga bole digunakan dalam transaksi jual beli dankebanyakan kedai – kedai online sudah menerima pembayaran menggunakan Bitcoin. Antara kedai online yang terkenal dan terbesar di Malaysia ialah Cryptomarket.my dan juga Ked.Aimanakala barang – barang yang dipromosi menggunakan nilai RM atau nilai Bitcoin.

Bitcoin

Contoh Barang – barang Yang Diiklankan

Dan bagi yang telah mining Bitcoin, ianya juga boleh ditukarkan ke wang tunai. Ada beberapa laman web yang membolehkan kita menukar Bitcoin ke Tunai seperti bitpos.my. Namun begitu, kita perlu mengetahui nilai tukaran Bitcoin kerana seperti tukaran wang asing, index tukaran Bitcoin juga berubah – ubah dari semasa ke semasa.

Pada hari ini 15 Dis 2014 sahaja, harga 1 Bitcoin bersamaan RM1234.64. Kita boleh rujuk harga di Coindesk.com. Mungkin ramai yang bertanya kenapa harganya sangat mahal. Ini berkaitan juga dengan permintaan dan penawaran dimana jumlah Bitcoin yang ingin dihasilkan telah ditetapkan sebanyak 21juta Bitcoin sehingga tahun 2024 dan kini, yang telah berapa dipasaran adalah sebanyak 13.5 juta Bitcoins, berbaki lagi 7.5 juta Bitcoin.

Bitcoins

Oleh kerana penggunaannya yang terbatas berbanding permintaan untuk Bitcoins, harganya telah melonjak naik sehingga pada satu masa ia pernah mencecah sehingga USD1000 untuk 1 Bitcoin!

Wajarkah kita guna Bitcoin

cropped-bitcoin-logo2


Apa yang boleh dikatakan, penggunaan Bitcoin ini boleh diperluaskan lagi namun ianya memerlukan masa untuk menjana Bitcoin melalui proses mining. Disamping itu, ia juga memerlukan masa untuk diperkenalkan kepada pengguna kerana tranksaksinya juga adalah terhad hanya didalam talian sahaja. Dan sekiranya hendak ditukarkan Bitcoin ke Tunai, tidak banyak lagi institusi yang terdapat di Malaysia ini. Untuk mengetahu bagaimana Bitcoin dijana, boleh rujuk sini.

Namun begitu, memandangkan Bitcoin ini tidak diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia maka segala transaksi menggunakan Bitcoin ini adalah atas risiko sendiri. Pernah dilaporkan syarikat tukaran Bitcoin di Kanada dan Jepun mengalami kerugian sebanyak USD500 juta kerana telah dihack. Oleh kerana kewujudannya adalah didalam bentuk digital dan maya, maka ia juga terdedah kepada rompakan maya (hack).

“The Central Bank does not regulate the operations of Bitcoin. The value is subject to fluctuations, (hence) the value of the investments may not be preserved,” an official told Sunday Star –The Star

Related 
Pink Bobblehead Bunny