My Followers

Blog Saya Adalah Hak Milik Saya Full Stop :D!

Sunday 7 April 2013

Putus Cinta-Bagaimana Untuk Bangkit Semula?


                    



                      Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca nukilan Kasih Suci. Hari ini ingin Kasih Suci kongsikan tip bagaimana untuk bangkit semula dari perasaan sedih dan kecewa akibat putus cinta.
Putus cinta amat menyakitkan tak kira kepada lelaki atau wanita. Bila kita berada di pihak yang ditinggalkan tanpa rela ia akan menerbitkan rasa sakit hati, kecewa, sedih dan kadang kala ada muncul rasa putus asa untuk meneruskan kehidupan ini.

                      Bangkitlah semula wahai sahabat. Siapa kita di bumi Allah ini? kita dicipta untuk menjadi khalifah Allah, kita hamba kepada yang Maha Esa bukan hamba cinta. Tujuan kita hidup adalah untuk mencari keredhaan Allah bukan mengejar cinta semata-mata. Jika cinta yang kita kejar itu mencapai matlamat dan diakhiri dengan sebuah ikatan yang halal pastinya setiap amalan kita mendapat ganjaran pahala. Seperti kita tahu orang yang berkahwin pahalanya berlipat ganda berbanding dengan orang bujang, tetapi perlukah kita tangisi perpisahan yang tak mencapai matlamat itu?

                      Jangan jadikan diri lemah kerana cinta, sebaliknya jadikanlah diri kuat dan semakin bersemangat selepas gagal memburu cinta. Hari ini kita gagal, esok pasti kita akan berjaya menemui insan yang lebih baik. Allah akan memberi kita pasangan yang terbaik sesuai dengan keadaan diri kita. Berusahalah mengubah diri menjadi lebih baik dari semalam agar kita berjaya mendapat pasangan 10 kali ganda lebih baik dari yang meninggalkan kita.


                     Jika terselit perasaan benci kepada bekas kekasih, maafkan lah dia dengan seikhlasnya. Lupakan keburukannya dan teruskan lalui kehidupan dengan tenang. Jadikan kenangan manis lalu sebagai sesuatu yang indah untuk dikenang bukan sesuatu yang menyakitkan untuk berdiri dan terus melangkah meniti perjalanan hidup.

                     Perjuangan kita belum selesai selagi nafas masih ada, selagi jantung masih berdetak. Perjuangan cinta perlu selari dengan matlamat mengejar keredhaan Allah. Sapu air mata dan ingatlah matlamat apa kita hidup. Allah tak akan menguji jika kita tak mampu melaluinya. Allah tak akan menganiayai kita. Y’akinlah bahawa jodoh kita pasti tiba juga suatu masa nanti, berusaha menjadi lebih baik agar berjaya menemui seseorang yang lebih hebat dan lebih menghargai diri kamu...dan boleh kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh juga kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu-Allah maha mengetahui.
Adakah berbaloi menangisi insan yang tak hargai diri kamu?

 renungkanlah!

No comments :

Post a Comment

Pink Bobblehead Bunny