My Followers

Blog Saya Adalah Hak Milik Saya Full Stop :D!

Sunday 14 April 2013


Plat Apa Selepas WYY 9999?




Assalamualaikum,selamat sejahtera dan salam 1Malaysia...

Apakah rupa nombor plat Kuala Lumpur iaitu W selepas siri terakhirnya iaitu WYY9999?Itulah yang menjadi polemik sejak kebelakangan ini.Berdasarkan kepantasan plat W sekarang,kenderaan dengan nombor plat WYY akan hanya kelihatan di jalan raya dijangka pada September hingga November tahun ini. 

Pada artikel ini ditulis,berdasarkan portal JPJ,nombor plat W kini telah mencecah WXY 332.Ini bermakna no plat WYY hanya akan kelihatan beberapa bulan dari sekarang.

Ini merupakan antara ramalan bagi format baru plat W:

1) Ini merupakan format yang sepatutnya digunakan mengikut logik akal.Setelah WA ke WY,WAA ke WYY,sudah tentu kalau ikut logik akal kita sepatutnya lepas tu WAAA kan?


2) Ini sama macam format sekarang,cuma huruf 'W' tu diwarnakan bagi membezakan ia dengan format sekarang.Tapi saya rasa mungkin JPJ takkan guna format ni sebab takut ia akan menimbulkan 'kekeliruan jangka panjang' sewaktu penerbitan dan penulisan.


3) Ini pun juga sama dengan format sekarang,cuma ia diletakkan angka '2' di pangkalnya yang menunjukkan ia adalah generasi kedua nombor plat W.Lepas 2 WYY 9999,mungkin 3 WAA 1 dan sebagainya.


4) Ini pula ialah format yang mempunyai bendera KL dan perkataan 'Kuala Lumpur' cuma huruf 'W' ditiadakan.


5) Susah-susah sangat,pakai format ni je lah senang...

Nombor plat kenderaan Kuala Lumpur dikatakan akan mengalami perubahan pantas ke nombor seterusnya dalam tujuh hingga lapan hari sahaja.Tanda tanya huruf apa selepas WYY kini masih dalam pertimbangan JPJ.

Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Nadzri Osman berkata, perubahan plat huruf berkenaan yang biasanya memakan masa paling tidak dua minggu ke nombor seterusnya, kini semakin pantas ekoran penggunaan kenderaan yang semakin meningkat.

Apa-apapun plat selepas WYY 9999 akan terus menjadi tanda tanya kepada kita sehinggalah selepas plat siri WYY kehabisan.

(p/s: Hai,makin kaya rakyat kita...) 

No comments :

Post a Comment

Pink Bobblehead Bunny