My Followers

Blog Saya Adalah Hak Milik Saya Full Stop :D!

Saturday 9 March 2013

Apa Kaitan Aurat Dengan Syahwat?

Sebagai umat Islam tidak kira lelaki mahupun wanita,kita seharusnya wajib menutup aurat dengan sempurna. Aurat ialah bahagian tubuh yang tidak boleh kelihatan atau wajib ditutup menurut hukum Islam.Menutup aurat itu sebahagian daripada syarat sah solat,tidak kira bagi lelaki mahupun wanita.
Secara ringkasnya,aurat bagi wanita dalam solat ialah seluruh tubuhnya kecuali muka dan kedua-dua tapak tangannya.Manakala bagi lelaki pula,auratnya adalah antara pusat dan lutut.Jika diteliti,sebenarnya aurat wanita mahupun lelaki dalam solat itu sama dengan aurat mereka bersama ajnabi walaupun di luar solat.
“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”
-(Surah An-Nur, 31)
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup.
Kenapa wanita tu senang menjadi fitnah? Kerana wahai wanita, Allah telah jadikan anda makhluk paling cantik dipandang mata, andalah sebaik-baik perhiasan yang mampu menarik pandangan setiap mata di sekitarmu. Kita,sebagai seorang wanita haruslah menutup aurat dan sanggup melakukan apa saja untuk mematuhi perintah Allah yang mengandungi terlalu banyak hikmah dan kebaikannya. InsyaAllah.

Wanita kelemahannya pada AURAT.
Lelaki kelemahannya pada SYAHWAT.
Maka bagi wanita tidak boleh berkata :
lelaki yang salah kerana mereka tidak mampu menjaga SYAHWAT .
Sedangkan Wanita sendiri yang Lalai dalam menjaga AURAT .
Wanita yang HEBAT adalah Wanita yang tabah menjaga AURAT .
Lelaki yang HEBAT adalah Lelaki yang sabar menahan kehendak SYAHWAT .


p/s : setiap yang Allah larang pasti bersebab, tutuplah aurat kita dengan sempurna..jagalah pandangan jua :)

No comments :

Post a Comment

Pink Bobblehead Bunny