Salam semua pembaca blog saya, oleh kerana saya mendapat terlalu banyak komen tentang tips, panduan dan cara untuk lulus interview/temuduga SPA. Saya telah melakukan beberapa pencarian dan mengumpul beberapa tips untuk dikongsikan bersama. Ada juga tips yang datang dari saya sendiri Oh, saya juga saya seorang penjawat awam yang lulus interview SPA8.
Tips yang saya akan kongsikan dibahagikan kepada 3 bahagian kerana terlalu panjang.
Kemahiran/Kebolehan
Pengalaman
Personaliti
Untuk membantu anda berjaya dalam temuduga tersebut, anda dinasihati membuat beberapa persediaan seperti berikut:
Persediaan Awal
Pastikan bahawa anda mengetahui masa dan tempat temuduga.
Hendaklah tiba di tempat temuduga sekurang-kurangnya 20 minit lebih awal. Sekiranya anda tidak dapat hadir kerana hal kecemasan, beritahu majikan seawal mungkin dan membuat temu janji yang lain.
Hendaklah pakai pakaian yang bersih dan kemas serta bersesuaian dengan pekerjaan yang dipohon. Pakaian yang menjolok mata adalah tidak dibenarkan.
Bawa bersama satu salinan ” resume “, surat akuan, sijil-sijil yang berkaitan dengan kerja. Sebaik-baiknya susun didalam ” folder “.
Selidik tentang latarbelakang firma atau pekerjaan yang anda pohon itu (misalnya produk/perkhidmatan syarikat, jumlah jualan dan keuntungan tahunan, saiz organisasi, pelanggan-pelanggan utama, pesaing-pesaing utama, berita/perkembangan syarikat yang terkini, rancangan pembangunan syarikat, tanggungjawab dan tugas jawatan yang dipohon, latihan-latihan, laluan kerjaya dan sebagainya).
Tahu apa yang anda boleh sumbangkan kepada majikan.
Ramalkan soalan-soalan yang akan ditanya oleh penal temuduga dan sediakan jawapan. Diantara soalan-soalan yang mungkin dibangkitkan adalah seperti berikut:
Bolehkah anda memberi keterangan mengenai diri anda?
Apa yang membuatkan anda pilih pekerjaan ini?
Apa pengalaman yang anda perolehi dalam kerja anda yang lepas?
Kenapa anda berhenti?
Apakah pencapaian cemerlang dalam kerja anda yang lepas yang anda banggakan?
Apakah pandangan bekas majikan terhadap anda?
Adakah anda mempunyai pengalaman dalam kerja jenis ini?
Kenapa anda fikir anda layak untuk kerja ini?
Apa yang anda tahu mengenai syarikat ini?
Apakah yang membuatkan anda berminat dengan perkhidmatan dan produk syarikat ini?
Bagaimana anda boleh menyumbang kepada syarikat ini?
Kenapa anda berminat untuk bekerja dengan syarikat ini?
Apakah rancangan jangka panjang kerjaya anda?
Apakah kekuatan atau keistimewaan anda?
Apakah Kelemahan Anda?
Bagaimana anda menilai diri sendiri?
Bagaimanakah pandangan rakan-rakan anda mengenai diri anda?
Bagaimana anda ingin orang lain menilai anda?
Adakah anda akan menjalani latihan tambahan sekiranya pekerjaan tersebut memerlukannya?
Adakah anda lebih suka bekerja secara berpasukan atau bersendirian?
Adakah anda suka kerja-kerja tetap harian (routine)?
Bagaimana dengan kesihatan anda?
Apakah kegemaran/hobi anda?
Sekiranya anda ditawarkan kerja ini, bagaimana anda merancang penggunaan masa bagi dua minggu pertama di syarikat ini?
Bagaimana anda mengatasi sesuatu masalah yang dihadapi?
Menyediakan borang perancangan terlebih dahulu seperti di Lampiran II sebelum menghadiri sesuatu temuduga
Berlatih dengan rakan-rakan
No comments :
Post a Comment