Suruhanjaya Perkhidmatan Awam
Ini adalah bahagian terakhir untuk tips temuduga lulus interview SPA/kerja. Jika anda terlupa atau belum baca bahagian 1 dan 2 terlebih dahulu sila rujuk link di bawah.
Bahagian 1 – Tips Temuduga SPA 1 – Peringkat Awal
Bahagian 2- Tips Temuduga SPA 2 – Peringkat Pertengahan
Bahagian ketiga dan terakhir ini adalah bahagian di mana apabila anda selesai sesi temuduga. Anda tidak boleh terus ucap terima kasih dan keluar dari bilik temuduga . Ikut tips di bawah supaya markah yang anda dapat untuk attitude tinggi.
Tentukan bahawa anda mengetahui tindakan yang harus anda lakukan selanjutnya.
Bertanya bila anda boleh datang lagi ke pejabatnya untuk mengetahui keputusan akan diumumkan. Jika temuduga SPA. tanya bila keputusan temuduga akan keluar kerana ini menunjukkan anda bersungguh-sungguh.
Biarkan penemuduga menamatkan temuduga. Jangan anda yang tanya sama ada dah habis atau belum temuduga
Apabila temuduga tamat, ambil peluang memberi ucapan terima kasih kepada penemuduga kerana meluangkan masa dengan anda.
Sebaik sahaja temuduga tamat, tinggalkan bilik temuduga dengan segera dan bersopan santun. Lempar senyuman dan tolak kerusi ke belakang dengan perlahan.
Hantar surat ucapan terima kasih kepada syarikat berkenaan sebagai tindakan susulan.
Penilaian Prestasi Temuduga
Selepas temuduga, anda harus meluangkan masa untuk menilai prestasi diri untuk membantu anda belajar dari pengalaman temuduga tersebut kerana pengalaman ini penting untuk temuduga seterusnya jika anda gagal temuduga pertama. Cuba menjawab soalan-soalan berikut dengan ikhlas:
Adakah saya bersedia?
Adakah pengetahuan saya mengenai kerja dan syarikat/firma mencukupi?
Adakah saya membawa diri saya dengan baik?
Adakah saya mengambil peluang-peluang yang ada untuk menonjolkan kemahiran yang ada kepada majikan?
Adakah saya bercakap terlalu banyak atau kurang bercakap?
Adakah saya menguasai temuduga dan bukannya penemuduga?
Adakah saya cukup tenang dan penuh keyakinan?
Sekiranya anda fikir temuduga tersebut tidak berjaya, jangan putus asa. Cuba lagi untuk memperbaiki diri dan belajar dari setiap pengalaman baru.
No comments :
Post a Comment